Chicken rendang

Rendang Ayam Mudah tanpa tumis

Rendang ayam ialah hidangan popular dalam masakan Asia Tenggara yang terkenal dan bersal daripada Padang,Indonesua. Resipi ini adalah resipi rendang paling mudah dan sesuai untuk mereka yang baru mula belajar memasak. Dengan resipi ini, and cuma perlu masukkan bahan-bahan dan masak perlahan-lahan.

Petua memasak:

  • Gunakan ayam tua untuk resipi ini jika kerana ianya lebih tahan dimasak lama.
  • Laraskan tahap kepedasan mengikut selera anda dengan menambah atau mengurangkan cili.
  • Masak rendang dengan api perlahan dan kacau selalu untuk memastikan tidak berkerak dan hangus.
  • Tambahkan lebih banyak air jika perlu untuk memastikan ayam masak sepenuhnya.
  • Rasa sos rendang dan sesuaikan perasa mengikut citarasa anda.

Bahan-bahan

2 kg daging ayam (ayam kampung atau ayam pencen lebih sesuai)
6 sudu besar cili kering kisar
5 sudu besar (150g) kerisek
500g santan
4 helai daun kunyit, dihiris
5 batang serai, dihiris
2 keping asam keping
30 helai daun limau purut, dihiris
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 cawan air (500ml)
3 sudu besar gula (sesuai selera)
1 1/2 sudu teh garam (ikut citarasa)
1 sudu kecil serbuk perasa (pilihan)

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
9 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3 inci kunyit
2 hirisan lengkuas tebal
5 hirisan tebal halia

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video ini

Kaedah

  1. Dalam pengisar, kisar bersama hirisan serai, halia, lengkuas, kunyit, buah-buahan keras, bawang putih, bawang besar bersama 1 cawan air hingga halus.
  2. Dalam kuali besar, masukkan ayam dan campurkan cili kisar, bahan kisar, ketumbar, jintan manis, dan jintan manis.
  3. Masak dengan api sederhana hingga dan kacau sebati, kemudian masukkan santan dan 2 cawan air.
  4. Besarkan api sehingga mendidih, kemudian kecilkan api dan masukkan kerisek, hirisan kunyit, asam keping, daun limau purut, gula, garam, dan serbuk perasa.
  5. Kacau bahan-bahan tadi dan masak dengan api perlahan, kacau setiap 5-10 minit, selama 45 minit atau sehingga rendang pekat dan ayam empuk.
  6. Jika ayam masih belum empuk, tambah sedikit lagi air untuk meneruskan memasak ayam sehingga empuk.
  7. Pastikan anda rasa rendang dan sesuaikan perasa mengikut kesukaan anda dengan menambah garam atau gula.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *