Kuey Teow Goreng Mudah

Malaysia terkenal dengan pelbagai masakan yang lazat, dan salah satu hidangan yang paling popular ialah Kuey Teow Goreng. Hidangan yang popular ini boleh dinikmati untuk sarapan pagi, makan tengah hari ataupun makan malam. Pada asalnya makanan gerai atau street food, Kuey Teow Goreng telah menjadi hidangan kegemaran setiap lapisan masyarakat tempatan dan juga pelancong dari luar negara.

Untuk membuat Kuey Teow Goreng yang baik, adalah penting untuk menggunakan bahan-bahan yang segar. Satu petua penting ialah elakkan membasuh mi dengan air sebelum memasak, kerana ini boleh menyebabkan mi menjadi terlalu lembut dan kehilangan teksturnya. Sebaliknya, ceraikan kuey teow dengan jari anda untuk mengelakkan daripada bergumpal. Satu lagi langkah penting ialah menggoreng bawang dan cili sehingga ia garing dan berwana gelap sedikit ini yang menambah perisa pada hidangan.

Dalam resipi ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara menyediakan Kuey Teow Goreng, supaya anda boleh menikmati hidangan klasik Malaysia ini di rumah.

Bahan-bahan

1 kg mee Teow
100g udang
100g kek ikan
100g taugeh
50g daun kucai
1 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
3 biji telur
3 sudu besar cili kering
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil lada
Minyak untuk menggoreng

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas rujuk video ini

Kaedah

  1. Potong kecil bawang merah dan bawang putih supaya mudah dikisar, masukkan sedikit air dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan dahulu.
  2. Cerai-ceraikan Kuey Teow dengan jari anda supaya tidak bergumpal semasa digoreng.
  3. Panaskan minyak dan tumisakan bawang merah dan bawang putih yang dikisar tadi.
  4. Bila bahan tumisan sudah garing, masukkan cili kisar.Menggoreng bawang dan cili satu langkah yang penting dalam memasak kuey teow goreng. Goreng bawang dan cili sehingga betul-betul garing dan menjadi gelap, tetapi jangan sehingga hangus.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat.
  6. Seterusnya masukkan sos ikan dan gaulkan rata.
  7. Masukkan kuey teow dam gaulkan supaya sebati dengan campuran kicap dan cili tadi. Balikkan dari bawah ke atas tetapi jangan gaulkan terlalu kerap supaya kuey teow tidak hancur.
  8. Masukkan kek ikan dam gaulkan. Kemudian tambah udang atau apa-apa rencah yang anda suka seperti ayam, sotong atau kerang. Tolakkan ke tepi, dan tuangkan telur.
  9. Gaulkan telur perlahan-lahan seperti. Bila telur sudah separuh masak, gaulkan dengan kuey teow supaya telur masak sepenuhnya. Tambah lada sulah dan gaulkan rata. Tolakkan ketepi dan masukkan tauge. Gaulkan kuey teow dan tauge.
  10. Masukkan kucai dan gaulkan lagi. Hidangkan dengan segera supaya tauge masih rangup.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *