Mee Hailam

Resepi Mee Hailam mudah dan cepat

Di Malaysia, mee merupakan satu makanan yang sangat popular dan terdapat pelbagai pilihan dengan bermacam-macam rasa dan cara penyediaan. Salah satu mee yang digemari ramai ialah mee hailam, satu masakan mee berkuah yang berasaskan kicap dan sos tiram. Rencah untuk mee ini boleh diolah mengikut selera masing-masing. Pilihan rencah yang biasa kita lihat termasuklah daging, ayam, udang , sotong dan fish ball. Sayuran yang biasa dipadankan termasuk sawi, hirisan lobak merah, jagung muda dan buah tomato.

Dalam resepi ini , saya gunakan air rebusan kulit udang sebagai penambah perisa kepada kuah mee hailam. Mudah sahaja caranya, kulit udang direbus untuk 15 minit dengan 1 cawan air untuk setiap 150g udang. Undang juga ditumis bersama dengan daging tetapi kemudian dikeluarkan sebelum masak 100% supaya tidak keras dan kering. Udang akan ditambah kemudian di akhir proses memasak agar udang kekal manis bila dihidangkan.

Mee Hailam sangat sesuai untuk dipadankan dengan cili jeruk untuk mereka yang suka mee yang lebih pedas. Selamat mencuba!

Bahan-bahan untuk Mee Hailam

1kg mee kuning (6-8 hidangan)
150g udang yang dibuang kulitnya
200g fish ball atau fish cake
100g daging dihiris nipis
1 biji tomato dibelah 6
100g sawi
11 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar lada putih Aji-Shio

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

Keadah penyediaan

  1. Untuk kuah yang lebih sedap, rebus kulit uduang dalam 1 cawan air untuk 15 minit dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang putih yang telah dicincang.
  3. Bila bawang putih mula kelihatan garing , masukkan daging.
  4. Di ikuti udang. Udang akan dimasak sehingga 3/4 masak sahaja dan bukan sepenuhnya. Keluarkan udang dahulu dan ketepikan sementara kita masak bahan-bahan lain.
  5. Masukkan kicap manis. Sos tiram. 1 cawan air rebusan kulit udang dan 3 cawan atau 750ml air. Kacau dan kuatkan api.
  6. Bila kuah sudah mendidih, masukkan fishball, fishcake dan sayur sawi.
  7. Tambah potongan buah tomato dan 1 sudu besar lada putih Aji Shio.
  8. Sebelum masukkan mee, masak sedikit air panas, tuangkan ke atas mee dam toskan.
  9. Masukkan mee kuning. Dan gaulkan supaya rata. Jika anda suka mee hailam yang lebih banyak kuah, tambahkan lagi air, kicap, sos tiram dan lada putih mengikut cita rasa anda.
  10. Akhir sekali masukkan udang yang kita goreng tadi. Dan masak untuk 2-3 minit lagi. Balik-balikkan mee seperti ini, dari bahagian bawah kuali ke atas.
  11. Mee hailam sebaiknya dihidangkan dengan segera selepas dimasak dan dipadankan dengan cili jeruk.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *