Kupang Sos Lemon Butter Bawang Putih

Satu resepi yang popular di restoran makanan laut barat tempatan seperti Fish & Co dan Manhattan Fish Market. Ini versi olahan saya mengikut cita rasa tempatan.

Bahan-Bahan

1kg Kupang
1 helai daun kunyit
1 biji bawang merah
1 batang serai
3 ulas bawang putih

Bahan Sos Lemon Butter Bawang Putih
25ml minyak zaitun
4 ulas bawang putih (dicincang)
250ml whipping cream
100g mentega
3 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil garam / secukup rasa
1 sudu kecil lada putih Aji-Shio / secukup rasa
2 sudu kecil parsley

Kaedah

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan 4 ulas bawang putih yang dicincang halus.Pastikan api tidak terlalu kuat supaya bawang putih tidak hangus. Kalau bawang putih terhangus, sos akan pahit.
  2. Bila bawang putih kelihatan kuning, masukkan 250ml whipping cream atau susu cair.
  3. Kacau supaya minyak tumisan dan whipping cream mula larut dan bergabung. Kalau ada, boleh gunakan pemukul telur.
  4. Kuatkan api jika perlu. Kacau untuk 1-2 minit. Kemudian masukkan 100g mentega. Kalau menggunakan susu cair , tambah 140g mentega
  5. Tambah jus dari 1 biji lemon atau 3 sudu besar. Sos akan mula memekat setelah direnihkan.
  6. Pastikan sos sentiasa dikacau semasa merenih supaya sos tidak terlalu panas dan pecah minyak. Ini akan merosakkan sos.
  7. Bila sos dah mula memekat tambahkan garam secukup rasa. Dan lada putih secukup rasa.
  8. Akhir sekali tambag 2 sudu kecil parsley. Sos lemon butter bawang putih dah siap dan boleh diketepikan.
  9. Didihkan 1000ml atau 4 cawan air. Masukkan bawang putih, serai, bawang merah dan daun kunyit.
  10. Tambah 2 sudu kecil garam. Bila air sudah mendidih, masukkan kupang , ratakan dan tutup periuk untuk 4-6 minit.
  11. Kupang sudah masak bila kulitnya terbuka dan sedia untuk dihidangkan bersama sos lemon butter bawang putih.
Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *