Daging Black Pepper

Resepi Daging Black Pepper

Antara masakan daging lembu yang popular ialah daging black pepper atau daging lada hitam. Hidangan ini disajikan hampir di mana-mana dari restoran Cina mewah sehingga ke warung-warung di medan selera.

Cara penyediaanya sangat mudah dengan hanya beberapa bahan asas sahaja tetapi memerlukan teknik yang betul dan juga pemilihan bahan-bahan yang baik. Untuk daging, saya syorkan untuk gunakan bahagian batang pinang kerana ianya lembut dan cepat masak berbanding bahagian-bahagian lembu yang lain. Cuma kita perlu berhati-hati agar daging tidak terlebih masak kerana batang pinang akan masak dengan sangat cepat dan mudah menjadi keras dan liat.

Gunakan api yang kuat dan jangan masak terlalu banyak daging di dalam kuali, seeloknya bahagikan daging kepada 2 dan masak 2 kali. Masakan ini menjadi lebih mudah dengan menggunakan sos black pepper dari Enaq.

Bahan-Bahan

300g daging lembu
1 biji bawang merah, dihiris kasar
2 ulas bawang putih dicincang
30g daun bawang daun
1 sudu kecil serbuk perisa serbaguna Enaq Bethol
4 sudu besar sos lada hitam Enaq
1 sudu besar lada hitam

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

Kaedah

  1. Perapkan daging dengan 1 sudu kecil serbuk perasa Enaq Bethol dan lumurkan dengan rata. Pastikan setiap permukaan daging disalut dengan Enaq Bethol. Waktu perapan dalam 10-15 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan gunakan api yang kuat. Bila kuali sudah panas berasap, masukkan 1/2 daripada daging sahaja dahulu. Ini adalah untuk menggaring permukaan tepi daging yang memerlukan suhu yang tinggi. Jika suhu tidak cukup tinggi, air akan keluar daripada daging dan daging tidak akan garing. Kita juga perlu goreng daging sedikit-sedikit agar suhu kuali tidak turun dengan mendadak jika kita masak terlalu banyak daging dalam kuali.
  3. Menggaringkan daging ialah langkah yang sangat penting untuk medapatkan hasil yang terbaik. Bila daging sudah kelihatan garing dibahagian tepi seperti ini, keluarkan daging. Jangan risau kalau ada daging yang masih kelihatan merah sedikit , kerana kita akan goreng daging sekali lagi bersama sos lada hitam. Ulang untuk baki daging yang tinggal.
  4. Panaskan sedikit lagi minyak dan tumiskan bawang putih. Gunakan api sederhana sahaja. Bila bawang putih mula kelihatan kuning, masukkan bawang merah.
  5. Bila bawang sudah layu, masukkan sos lada hitam Enaq. Kemudian Masukkan daging dan gaulkan rata. Gunakan api yang kuat.
  6. Tambah 1 sudu besar lada dan masukkan daun bawang. Hidangkan dengan segera.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *