Chicken Chop Bakar – Grilled Chicken Chop

Chicken chop bakar atau grilled chicken chop ialah antara makanan yang popular di restoran dan kafe di seluruh Malaysia. Sebenarnya masakan ini sangat mudah disediakan dan hanya menggunakan beberapa bahan asas yang mudah diperolehi di pasaraya dan hypermarket. Rahsia chicken chop yang baik ialah perapan dan teknik membakar atau grill yang baik dan sesuai untuk ayam.

Chicken chop ialah bahagain ‘whole chicken leg’ atau peha dan betis ayam yang telah dibuang tulangnya. Bahagain ini kaya dengan perisa dan mengandungi kandungan lemak yang mencukupi untuk memastikan daging ayam tidak kering selepas dibakar.

Perapan ayam ini terbahagi kepada 3 bahagian, bahan-bahan perasa iaitu garam kasar, lada hitam, Italian herbs, serbuk bawang, paprika dan parutan kulit lemon. Keduanya asid dalam bentuk jus lemon yang akan membantu melembutkan daging ayam disamping memberi perisa lemon yang segar. Akhir sekali, minyak zaitun extra virgin sebagai komponen lemak/minyak dalm bahan perapan. Minyak akan membantu mengelakkan ayam melekat pada kuali dan juga mengimbangkan rasa masam jus lemon.

Chicken chop sesuai dihidangkan dengan salad , kentang goreng dan sos kegemaran anda seperti sos black pepper atau sos cendawan.

Bahan-bahan

2 keping chicken chop (600g)
1 sudu kecil garam kasar
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk atau dikisar
1/2 sudu teh Italian herbs
1/2 sudu teh serbuk bawang ( onion powder)
1 sudu teh paprika
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
Sedikit parutan kulit lemon

Kaedah

  1. Lapkan kepingan chicken chop dengan tisu dapur supaya kering sebelum diperap.
  2. Masukkan ayam ke dalam bekas yang sesuai dan tambah garam, lada hitam, Italian herbs, serbuk bawang, paprika, jus lemon dan minyak zaitun extra virgin.
  3. Gaulkan bahan perapan supaya rata. Pastikan setiap permukaan daging ayam dapat disaluti bahan perapan.
  4. Tambah parutan kulit lemon dan gualkan sekali lagi. Pastikan perapan diratakan.
  5. Perapkan di dalam petisejuk untuk 30-90 minit, pastikan ayam tidak diperap lebih dari 90 minit untuk mengelakkan daging ayam menjadi liat.
  6. Panaskan kuali, gunakan kuali non-stick jika ada.
  7. Masak bahagian kulit ayam dahulu supaya lemak dibawah permukaan kulit ayam dapat cair dan menggaringkan kulit ayam.
  8. Balikkan ayam setiap 1 minit supaya ayam masak dengan sekata. Setiap chicken chop akan mengambil masa 7-10 minit untuk masak dengan betul kerana daging chicken chop agak tebal. Kesilapan yang sering dilakukan ialah memasak chicken chop terlalu cepat dengan api yang kuat. Ayam mungkin kelihatan garing diluar tetapi masih mentah di dalam. Pastikan ayam dimasak untuk minima 7 minit.
  9. Bila ayam dah berwarna perang dan garing seperti ini, ayam dah boleh diangkat keluar dari kuali.
  10. Rehatkan ayam untuk 5 minit sebelum dihidangkan dengan salad, kentang goreng dan sos kegemaran anda seperti sos lada hitam atau sos cendawan.
Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

7 Ulasan

  1. Bang, bole share kan resepi utk buat sos Black pepper dan sos mushrooms x next video..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *