Bendi goreng mamak

Bendi Goreng Mamak

Resepi Bendi Goreng Mamak yang mudah dan cepat

Kanak-kanak selalunya agak sukar untuk diberi makan sayur-sayuran. Salah satu cara untuk memperkenalkan anak-anak dengan sayuran ialah dengan sayur bersalut yang digoreng seperti tempura Jepun. Ayam goreng memang menjadi kegermaran ramai , termasuklah ayam goreng mamak yang garing dan berwarna merah. Dalam resepi ini saya akan kongsikan resepi bendi goreng mamak yang garing dengan menggunakan Rempah Marba Farimal ala Mamak.

Sangat mudah cara penyediaannya kerana campuran Rempah Marba Farimal sudah lengkap dengan tepung, garam dan rempah. Cuma perlu potong bendi, campurkan dengan rempah dan goreng. Resepi ini menggunakan 400g bendi untuk 2-3 hidangan, walaupun nampak macam banyak bendi tetapi bendi akan mengecut selepas digoreng kerana kandungan airnya yang tinggi.

Bahan-Bahan untuk Bendi Goreng Mamak

400g Bendi segar

3 sudu besar Rempah Marba Farimal ala Mamak

20g Daun kari

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

Kaedah

  1. Potongkan bahagan tangkai dan hujung bendi seperti ini. Kemudian kita hiriskan bendi nipis-nipis secara menyerong seperti ini. Lebih nipis bendi di potong, lebih garing selepas digoreng. Bendi yang dipotong nipis akan ada lebih banyak permukaan untuk disalut tepung berempah.
  2. Kalau nak potong bulat juga boleh. Saya biasanya potong separuh menyerong dan separuhnya bulat untuk memberikan kepelbagaian rasa dan tekstur selepas digoreng. Yang menyerong lebih garing manakala yang bulat lebih lembut bila dimakan.
  3. Untuk salutan, masukkan separuh bendi dahulu dalam bekas yang sesuai. Jangan masukkan kesemua bendi sekali kerana ini akan menyukarkan kita menyalut bendi dengan rata.
  4. Masukkan 1 sudu besar rampah Marba Farimal dahulu. Goyangkan bekas supaya bendi disalut sepenuhnya dengan rempah. Tidak perlu tambah air atau telur. Kelembapan dari bendi akan bercampur dengan rempah untuk menghasilkan salutan.
  5. Masukkan baki bendi, dan baki 2 sudu besar rempah Marba Farimal. Ulang proses menyalut bendi. Gunakan senduk untuk memastikan bendi dan rempah sudah digaulkan sebati, dan ketepikan untuk 10-15 minit.
  6. Warna merahnya akan lebih terang selepas rempah menyerap kelembapan dari bendi.
  7. Panaskan minyak untuk menggoreng. Bila minyak sudah panas lebih kurang 160C, masukkan bendi. Jangan goreng terlalu banyak sekali jalan. Kalau kita goreng terlalu banyak, suhu minyak akan jatuh terlalu cepat dan bendi tidak akan dapat garing dengan baik.
  8. Cerai-ceraikan bendi yang bergumpal supaya masak dengan lebih sekata.
  9. Bila sudah kelihatan garing, bendi boleh diangkat. Tapiskan sisa-sisa rempah dari minyak dengan senduk bertapis. Ini akan mengelakkan minyak dari pada berbau hangit dan memanjangkan jangka hayat minyak masak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *