Ayam Masak Merah

Antara resepi ayam yang paling popular di Malaysia ialah ayam masak merah. Lauk ini berasaskan tomato dan cili yang memberikan lauk ini warna merah yang klasik itu. Antara petua memasak ayam masak merah ialah ayam tidak boleh digoreng sehingga 100% masak kerana ianya akan dimasak lagi di dalam kuah.

Satu lagi petua ialah cili dan bawang perlu dimasak sehingga betul-betul garing. Kesilapan yang sering dilakukan ialah memasukkan ayam terlalu awal. Duan-daun pudina, ketumbar dan sup juga perlu segar supaya baunya masih kuat. Ayam masak merah beleh dipadankan dengan nasi putih sahaja ataupun dengan nasi briyani, nasi minyak, nasi tomato ataupun nasi serai.

Bahan-bahan

1 ekor ayam (1.5 kg)

5 biji cengkih

5 biji buah pelaga

2 kelopak bunga lawang

1 inci (2.5cm) kayu manis

8 sudu besar cili kisar

2 sudu besar tomato puree

3 sudu beasar sos tomato

Daun ketumbar

Daun pudina

Daun sup

1 biji bawang merah besar dihiris untuk tumisan

5-6 Sudu besar gula

1 sudu kecil serbuk kunyit

Garam

Bahan Kisar

4 biji bawang merah besar

5 ulas bawang putih

3cm halia

Bahan Dadih/Tairu

Jus 1 biji limau nipis

1/4 tin susu cair

Kaedah

1. Campurkan jus limau nipis kepada susu cair untuk membuat dadih/tairu. Kacau sehingga pekat dan ketepikan.

2. Kisarkan bawang merah besar, bawang putih dan halis dengan sedikit air sehingga halus. Ketepikan bahan yang telah dikisar.

3. Perapkan ayam dengan 1 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit selama 10 minit.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak sudah panas goreng ketulan ayam.

5. Ayam akan cuma dimasak 70% sahaja kerana akan dimasak lagi di dalam kuah masak merah. Kesilapan yang sering dilakukan ialah menggoreng ayam terlalu lama. Jika ayam sudah masak sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam kuah, ayam akan keras dan liat.

6. Angkat keluar ayam apabila sudah kelihatan garing diluar. Ulang segingga kesemua ayam digoreng.

7. Tumiskan bawang yang dihiris dalam minyak gorengan ayam. Ini akan menambahkan perisa kuah masak merah.

8. Bila bawang sudah mula kelihatan garing masukkan bunga lawang, kayu manis , buah pelaga dan cengkih.

9. Bila bawang garing dan berwarna kuning keemasan, masukkan bahan kisar.

10. Tumis sehingga bahan kisar mula mengering dan berbau wangi, kemudian tambah cili kisar. Cili kisar perlu digoreng cukup garing untuk mendapatkan kuah masak merah yang baik.

11. Bila bahan tumisan sudah mula berwarna gelap dan menjadi pekat, masukkan 2 sudu besar tomato puree dan 3 sudu besar sos tomato.

12. Masukkan campuran susu cair dan jus limau nipis. Kacau segingga sebati.

13. Tumis untuk 5 minit lagi.

14. Tambah daun pudina, daun ketumbar dan daun sup. Kacau supaya rata.

15. Masukkan 1 1/2 sudu kecil garam. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

16. Masukkan 5-6 sudu besar gula. Kalau tidak suka kuah yang manis, boleh kurangkan ikut cita rasa masing-masing.

17. Masukkan ketulan ayam ke dalam kuah. Tutup dan renihkan untuk 15-20 minit supaya ayam masak sepenuhnya. 18. Ayam masak merah sudah siap untuk dihidangkan.

19. Hiaskan dengan daun pudina, daun sup segar dan bawang goreng.

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

2 Ulasan

  1. […] Resepi Briyani Kambing ini adalah sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang belum pernah mencuba masak briyani. Ramai yang sangka Nasi Briyani satu masakan yang rumit tetapi sebenarnya senang jika ikut langkah-langkah dalam video ini. Resepi ini cukup untuk 8 orang makan dan cuma menggunakan periuk nasi elektrik biasa sahaja. Resepi ini diolah dari resepi ibu mentua saya dan terbahagi kepada 2 bahagian , lauk briyani dan nasi briyani. Untuk hidangan yang lebih lengkap boleh dipadankan dengan ayam masak merah. […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *