Aglio Olio

Masakan pasta semakin diminati oleh dan antara yang paling popular selepas Spaghetti Bolognese ialah Aglio Olio. Satu masakan pasta tradisional yang paling mudah untuk disediakan. Resepi Aglio Olio ini cuma menggunakan beberapa bahan asas sahaja seperti minyak zaitun, bawang putih, serbuk cili dan spaghetti.

Gunakan minyak zaitun extra virgin untuk perisa yang terbaik dan pastikan bawang putih dihiris seberapa nipis yang boleh. Bawang putih perlu digoreng dengan perlahan supaya perisanya betul-betul menyerap ke dalam minyak zaitun.

Walaupun sedikit sahaja bahannya, resepi aglio olio simple ini akan memberikan perisa yang luar biasa. Selamat mencuba!

AGLIO OLIO SPAGHETTI DENGAN UDANG (2 Hidangan)

5 Ulas Bawang Putih
Minyak Zaitun Extra Virgin
125g Spaghettii (½ Paket)
½ Sudu teh serpihan cili kering (Chili flakes)
150g udang
2 sudu besar garam untuk air rebusan pasta
Garam & Lada Hitam secukup rasa
½ sudu teh parsley segar
Keju parmesan
* Potongan lemon

Kaedah:

  1. Hiris bawang putih menjadi kepingan-kepingan yang nipis, lebih nipis lebih baik. Gunakan pisau tajam.
  2. Rebus 5-6 liter air dan tambah 2 sudu besar garam. Pasta perlu direbus dalam air masin yang banyak. Masukkan 125g spageti. Masa memasak adalah 8-10 minit bergantung pada jenama pasta.
  3. Setelah pasta dimasak, toskan dan ketepikan. Simpan ½ cawan air pasta untuk digunakan kemudian.
  4. Panaskan sedikit minyak zaitun Extra Virgin dalam kuali dan masukkan hirisan bawang putih. Goreng dengan api yang kecil.
  5. Apabila bawang putih mula bertukar menjadi coklat muda masukkan 1/2 sudu teh serpihan cili.
  6. Masukkan udang, dan pastikan tidak dimasak terlalu lama. Hanya sehingga udang mula kelihatan merah.
  7. Sekarang masukkan spageti dan gaul rata.
  8. Masukkan sedikit (50ml) air pasta untuk membuat sedikit sos, jika anda suka lebih banyak sos masukkan sedikit lagi air.
  9. Masukkan parsley cincang dan gaulkan supaya rata.
  10. Sekarang tambah garam dan lada hitam secukup rasa mengikut citarasa anda sendiri.
  11. Pasta siap dihidangkan. Sebaik-baiknya dimakan segera dihiasi dengan sedikit parmesan dan sepotong lemon.

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk kepada video di atas.

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *